Sunday 2 October 2011

WAYANG KULIT...(2)

WAYANG KULIT KELANTAN

·         Wayang Kelantan terdapat di negeri Kelantan dan Terengganu.
·         Mempersembahkan cerita daripada versi Ramayana Melayu dan cerita-cerita mitos dan legenda tempatan.
·         Pada masa dahulu wayang kulit dipersembahkan untuk kedua-dua fungsi ritual dan sekular.
·         Persembahan berfungsi ritual selalunya berkaitan dengan musim menuai sebagai mengucapkan kesyukuran kepada semangat yang telah memberikan hasil tanaman yang lumayan.
·         Terdapat juga persembahan untuk tujuan menyembah kampung, iaitu membersihkan kapung daripada ancaman semangat yang ganas dan jahat.
·         Persembahan fungsi sekular pula diadakan untuk meraikan hari ulang tahun sultan atau sebagai hiburan semasa perkahwinan.
·         Wayang kulit dimainkan sebagai kegiatan komersial yang mana para penonton membeli tiket untuk menonton persembahannya.

PENTAS WAYANG KULIT

·         Wayang Kulit Kelantan dipersembahkan di atas pentas berukuran antara 12-14 kaki panjang, 10-13 kaki lebar dan 9-12 kaki tinggin daripada lantai: tinggi pentas daripada paras tanah ialah antara 3-4 kaki.
·         Sebuah pintu terdapat sama ada pada tembok belakang atau tembok tepi.
·         Pada masa dahulu, buluh yang telah dibelah digunakan untuk lantai, atap untuk bumbung, daun kelapa untuk dinding dan kayu untuk tiang dan rangka bumbung.
·         Kini, papan panjang berukuran 1 x 9 inci telah menggantikan buluh sebagai bahan untuk lantai, kadang-kadang kepingan zink digunakan sebagai bumbung.
·         Pentas semacam ini dibina untuk kegunaan sementara sahaja atau jangka masa yang panjang atau jangka masa yang panjang bergantung kepada kekerapan persembahan wayang kulit.
·         Pentas sementara dibina untuk persembahan bagi memeriahkan perkahwinan atau upacara kesyukuran selepas musim menuai selain bagi tujuan komersial terutamanya bagi industri pelancongan.
·         Pada zaman dahulu diadakan upacara ritual mandiri dan membina panggung.
·         Tujuannya ialah untuk menyemah semangat-semangat yang jahat dari kawasan pementasan itu.
·         Kain putih direngang di depan pentas berbentuk proscenium dengan lubang di hadapannya, untuk membentuk kelir iaitu tempat yang akan ditayangkan bayangan patung.
·         Kelir yang direngang di hadapan pentas dicondongkan supaya penonton yang duduk dapat melihat secara jelas bayangan patung itu dan juga menyenangkan dalang menayangkan patung.
·         Dua batang pisang yang digunaan untuk mencucuk patung diletakkan di bahagian bawah kelir.
·         Sebuah lampu minyak atau lampu elektrik digantungkan dari bumbung ke paras muka dalang, penyadang digunakan supaya tidak menyilaukan mata dalang dan juga untuk menumpukan keseluruhan cahaya daripada pelita atau lampu ke atas kelir da sebatang pembesar suara diletakkan di situ.
·         Satu lagi alat permainan yang penting ialah kayu pelapik yang diperbuat daripada dua keping kayu kecil yang sendat dimasukkan ke bawah paha dalang.
·         Ia digunakan untuk memberi isyarat kepada ahli muzik untuk memulakan lagu dan kadangkala untuk fortissimo kepada sebilangan lagu, seperti Lagu Berjalan dan Lagu Perang.
PATUNG
·         Patung menggambarkan watak di dalam sesebuah persembahan wayang kulit.
·         Mereka adalah dalam kelompok sterotaip dan mempunyai ciri-ciri watak yang tidak berubah di dalam kesemua cerita.
·         Watak mereka dibahagikan kepada watak baik dan watak jahat.
·         Dalam Ramayana kelompak baik diwakili oleh Sri Rama sementara kelompak jahat diwakili oleh Ravana.
·         Patung-patung ini dibentuk daripada pandangan tepi dan diperbuat daripada kulit lembu atau kulit kerbau yang mengambarkan bentuk-bentuk manusia dan haiwan.
·         Watak Pak Dogol dan Wak Long mempunyai dua tangan dan dagu yang boleh digerakkan.
·         Patung lain hanya mempunyai satu tangan yang boleh digerakkan dengan menggerakkan batang buluh halus yang diikat pada tangan itu.
·         Patung-patung ini dicatkan denganw arna-warna yang terang dan cerah.
·         Warna yang berbeza menggambarkan ciri-ciri watak yang berlainan.
·         Kelainan warna juga membezakan watak –watak yang mempunyai bentuk yang hampir sama sperti Sri Rama dan Laksamana.
·         Warna merah dan hijau tua dicatkan pada patung Sri Rama sementara Laksamana dicatkan dengan warna merah di badan dan warna emas di muka.
·         Umumnya, warna hitam memberi simbol keperwiraan dan kematangan.
·         Warna merah, kesabaran dan keberanian.
·         Warna kuning untuk kelompok diraja, dan warna putih untuk yang berwibawa dan beretika tinggi.
·         Pencantuman pelbagai warna digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri umum sesuatu watak.
·         Saiz besar atau kecil sesuatu patung itu ditentukan oleh jenis dan ciri-ciri perwatakannya, tetapi saiznya tidak melebihi 28 inci tinggi dan 15 inci lebar.
·         Watak halus seperti Sri Rama dan Laksamana lebih kecil dan lebih padat diukir daripada patung-patung atau watak-watak jahat yang lain.
·         Hanuman, adalah watak gagah yang mempunyai bentuk yang gempal.
·         Tetapi dua watak pelawak atau pengasuh, iaitu Pak Dogol dan Wak Long berbeza daripada watak yang lain.
·         Mereka berbentuk kecil tanpa sebarang ukiran kecuali yang asas sahaja dan berwarna hitam.
·         Kumpulan Wayang Siam akan mempunyai patung-patung yang berikut :
                              i.        Sri Rama -           wira (protagonis) di dalam kesemua cerita yang kulit :
berwatak halus, berketurunan diraja, beretika dan bermoral tinggi di samping mempunyai kekuatan dan keberanian luar biasa.
                            ii.        Laksaman-          adik kepada Sri Rama, mempunyai kelakuan yang  
sama denga abangnya.
                           iii.        Sita Dewi-            isteri kepada Sri Rama, seorang isteri yang taat, cinta
dan bermoral: ujiannya melalui api menegakkan ketulusannya.
                           iv.        Ravana-               antagonist, raja raksasa yang kuat dan ganas yang
menculik Sita Dewi.
                            v.        Hanuman-          Raja kera berwatak baik; pahlawan yang setia kepada
Sri Rama.
                           vi.        Tuk Maha Siku-  patung mistik yang dikaitkan dengan Shiva Nataraja.
Antaranya manifestasinya ialah Sang Kala, Bentara Kala, Tuk Maha Risi yang Bermatakan Api, Tuk Perang Hutan (Banapasti Raja iaitu salah satu manifestasi Shiva), yang berdiri kaki tunggal.
                          vii.        Pak Dogol-          salah seorang peran atau pengasuh di dalan Wayang Siam. Dia merupakan penasihat dan juga utusan Sri Rama dan rakannua di dalam Wayang Purwa ialah Semar, patung yang magis dan sakral yang bertaraf dewa. Dalang menggunakan patung ini dalam upacara tukar dalang, dan semasa persembahan patung ini digantung
di tengah-tengah pentas bersama-sama sajian untuk Tuk Guru.

                        viii.        Wak Long-           peran yang kedua di dalam wayang kulit dan kawan
Pak Dogol yang sama menjadi pengasuh dan utusan Sri Rama.
                           ix.        Dewa Panah-     dua pahlawan mistik yang muncul pada permulaan
persembahan wayang di dalam pertempuran Perang Dewa Panah, yang merujuk kepada gara-gara kosmos. Pada akhir pertempuran ini, imbangan kosmos kembali semula.
                            x.        Raksasa-             terdapat pelbagai raksasa yang semuanya berwatak
jahat belaka; antara mereka ialah Bota Kemang dan Bota Indera.
                           xi.        Maha Risi-           pendeta dan watak mistik, antaranya ialah Maha Risi
Burung Jerjirit dan Maha Risi Maha Busanam.
·         Satu lagi patung yang penting ialah Kekayon, Gunungan atau patung Pohon Beringin.
·         Berbentuk seperti daun dan mengandungi pohon yang bergaya dan di dalamnya terdapat bunga, burung,kera dan haiwan lain.
·         Pohon dan gunung di dalam Gunungan mewakili dua simbol mistik agama Hindu.
·         Satu Pohon Kehidupan (The Tree of Life) yang memelihara dan menampung kesemua haiwan yang antaranya terukir di mukanya. Ia juga sebagai simbol The Celestial Wishing Tree of Myth yang memaparkan simbol matahari.
·         Satu lagi gunung ialah gunung dunia yang dikenali sebagai Mahameru kepada orang Hindu.
·         Dalam persembahan wayang, fungsi utama Gunungan ialah untuk membentuk suatu suasana sakral, mistik dan magis.
·         Gunungan juga mewakili benda yang lain.
·         Apabila digetarkan menadakan ketenteraman kosmos diancam.
·         Mewakili permukaan air apabila diletakan melintang, dan apabila dipacak condong di tepi kelir menadakan sebuah gunung.
·         Gunungan digunakan untuk menandakan intermission  dan penamat persembahan.

MUZIK

·         Muzik wayang kulit menyediakan fungsi-fungsi ritual, dramatik dan struktural.
·         Fungsi struktural dapat dilihat sebelum permulaan persembahan apabila kumpulan muzik memainkan beberapa buah lagu untuk memaklumkan penonton yang persembahan akan dimulakan.
·         Semasa persembahan cerita, muzik menandakan adegan dan keluar masuk kesemua watak penting.
·         Di akhir persembahan, muzik dimainkan untuk menandakan persembahan telah selesai.

No comments:

Post a Comment