Sunday 2 October 2011

WAYANG KULIT... (1)

PENGENALAN WAYANG KULIT

·         Wayang kulit adalah satu teater yang tertua dan terdapat di seluruh Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Kemboja – China, India dan Turki.
·         Taburannya yang meluas telah menggalakkan kemunculan beberapa teori asal usulnya.
·         Mengikut salah satu teori, wayang kulit berasal dari India dan dibawa ke Asia Tenggara melalui pengaruh Hindu di rantau ini.
·         Penyokong-penyokong teori ini merujuk kepada Ramayana dan Mahabharata, dua epic Hindu yang terkemuka yang menjadi bahan utama untuk persembahan wayang kulit.
·         Jacques Brunet mengatakan India sebagai tempat asal wayang kulit yang menunjukkan persamaan antara patung wayang kulit di Kemboja dan Nang Sbek di Thailand dengan patung-patung yang terdapat di Kerala, Orissa dan Andhra Pradesh.
·         Patung-patung yang dalam wayang kulit dipengaruhi oleh patung Wayang Golek India.
·         Cendekiawan seperti Otto Spies, Sabri East Siyavusgil dan William Ridghway menyokong teori yang mengatakan wayang kulit berasal dari India.
·         Berthold Laufer mengatakan wayang kulit berasal dari China.
·         Merujuk kepada sebuah legenda Cina yang menceritakan pada zaman Raja Han Wu (121 Sebelum Masihi) bomoh diraja ini telah menayangkan bayangan di atas sebuah klir sebagai usaha memanggil semangat isteri raja itu.
·         Teori ketiga diutarakan oleh Hazeu menyebutkan Jawa sebagai tempat asal wayang kulit.
·         Buktinya dia merujuk kepada istilah Jawa kuno yang digunakan di dalam Wayang Purwa dan wayang pula telah wujud sebelum munculnya pengaruh Hindu di Asia Tenggara.
·         Wayang kulit mungkin muncul berasingan di India, China dan Jawa dan dari sini merebak ke negara-negara lain melalui interaksi ekonomi, politik dan kebudayaan kerana masih tiada bukit yang muktamad tentang kemunculan wayang kulit.
·         Wayang kulit Malaysia mempunyai banyak persamaan dengan negara-negara jirannya kerana Malaysia, Thailand dan Indonesia merupakan sebahagian daripada kelompak budaya dunia Melayu lama.
·         Malaysia yang terletak di tengah-tengah kawasan dunia Melayu lama mempunyai pengaruh budaya di keseluruhan rantau ini.
·         Wayang kulit di Malaysia mempunyai banyak persamaan dengan Nang Talung dari Thailand, Nang Trolung dari Kemboja dan Wayang Purwa dari Indonesia.
·         Tiga jenis wayang kulit di Malaysia, iaitu Wayang Kelantan (Wayang Siam), Wayang Melayu dan Wayang Jawa.
·         Wayang Jawa dan Wayang Melayu berasaskan kepada Wayang Purwa dan menggunakan struktur persembahan dan teknik yang sama seperti Wayang Purwa cuma ia berbeza dari segi bentuk patung dan kumpulan muzik.
·         Patung Wayang Jawa mempunyai dua tangan yang boleh digerakkan sementara patung Wayang Melayu mempunyai satu tangan sahaja yang boleh digerakkan.
·         Ensemble gamelan mengiringi pertunjukan Wayang Jawa, Wayang Melayu pula diiringi oleh sebuah ensemble muzik yang menggabungkan alat-alat muzik Melayu dan gamelan.
·         Kedua-duanya mempersembahkan cerita daripada Ramayana dan Mahabharata, di samping cerita-cerita Pandji, Amir Hamzah (cerita Islam) dan mitos serta legenda tempatan. Wayang Jawa terdapat di kalangan masyarakat orang Jawa, terutamanya di Johor, sementara Wayang Melayu terdapat di Kelantan.
·         Jenis wayang kulit ketiga, iaitu Wayang Siam terdapat di Kelantan, Kedah dan Perlis.
·         Dipercayai berasal dari Nang Talung (Thailand) berdasarkan bentuk patungnya, alat muzik yang digunakan, dan mantera buka panggung dan Tuk Maha Siku yang dibacakan dalam bahasa Thai.
·         Terdapat dua jenis Wayang Siam: di Kelantan dikenali sebagai Wayang Kelantan yang telah diubahsuai dengan unsur-unsur tempatan dan satu lagi di Kedah dan Perlis dikenali sebagai Wayang Gedek.
·         Kedua-dua wayang ini berbeza dari segi bentuk patung dan alat-alat muzik yang digunakan.
·          Patung Wayang Kelantan berbentuk sudut pandangan tepi sementara hampir kesemua patung Wayang Gedek dibentuk dari sudut pandangan hadapan.
·         Alat-alat muzik adalah dari jenis kelompok yang sama, hanya berbeza dari segi besar, kecil dan bilangannya.

No comments:

Post a Comment