Sunday 2 October 2011

MAK YUNG ...(4)

PENGUCAPAN DI DALAM MAK YONG

Improvisasi merupakan sesuatu yang utama di dalam Mak Yong kerana pelakon bebas membuat tokoh tambah di dalam pengucapan dialog kerana asalnya Mak Yong tidak mempunyai skrip. Makanya pelakon sememangnya mengetahui apa yang ingin diucapkan dan selebihnya bebas melakukan improvisasi sesama watak.

Terdapat ucap tetap yang digunakan. “Ucap Tetap” adalah satu merupakan kemestian yang terdapat di dalam mak Yong. “Ucap Tetap” merupakan rangkaian pengucapan atau butir kata yang mempunyai satu kumpulan puisi tertentu. Ucap Tetap digunakan dalam struktur berikut:
  • Pengucapan Tetap dalam Ucap Pembukaan
(dalam Lagu Mengadap Rebab)

  • Pengucapan dalam Ucap Pecah Cerita.
Pengucapan ini akan dilakukan setelah Pakyung didatangi dua orag Peran. Ucap ini adalah satu kemestian yang perlu diucapkan dalam Mak Yong, kerana dengan mendengrarkan ucap inilah penonton dapat mengetahui bahawa cerita yang dibawa itu akan bermula. Disinilah juga penyambung kalau sesebuah cerita itu dimainkan beberapa malam. Cerita bersambung.
Contoh:
Pak Yung : kalu begitu hok ni begini awing. Sebab ambo panggil mu pengasuh antara kedua mari di hadapan ambo ini Awang. Negeri ambo belum terletak lagi, nama ambo belum bergelar. Sila mendengar Awang. Ambo nak kabar atas diri mu antara kedua Awang.

  • Pengucapan Tetap Untuk Perjalanan Cerita
1.      Bertujuan untuk memperkenalkan diri dan watak.
“Maka yalah tubuh aku bernama….”
2.      Sebagai penukaran lokasi.
Terdapat pelbagai lokasi dalam cerita Mak Yong, atas balai, laman balai, anjung istana, pintu kota, padang luas saujana padang, atas kapal, di kayangan, kebun bunga, kolam kandi dan sebagainya. Pertukaran lokasi ini hanya dilakukan dengan ucapan dan kemudiannya dilakukan dengan berjalan dengan lakonan dan nyanyian secara bulatan.

3.      Tujuan memberitahu tindakan.

4.      Meluahkan perasaan.


·        Berjalan ke tempat yang dituju.
Di dalam lakonan Mak Yong, setiap watak yang hendak memulakan perjalanan mestilah dimulakan dengan ucap hendak memulakan perjalanan. Contoh;

1.      Menyebut nama watak “Maka yolah tubuh aku bernama….”
2.      Sebab-sebab perjalanan “Aku menjalankan titah raja…”
3.      Temapt hendak dituju. “Baik sini tempat aku nak tiba menuju ke…”

·        Menjalankan Perintah
Di dalam cerita Mak Yung watak yang kerapkali mendapat arahan untuk menjalankan perintah dalam urusan biasa ialah peran. Tetapi di dalam urusan-urusan yang berat dan mencabar, selalunya raja sudah mempunyai orang suruhan yang khusus untuk tujuan ini. Antaranya Wak Pertanda Raja bertugas sebagai tukang tangkap atau tukang bunuh dan Balang Tujuh Kelana Tiga sebagai utusan pembawa surat raja. Contoh:
“Yolah maka aku Wak Pertanda Raja, igap orang tiada berghoyat, bunuh orang tidak bertanya. Kerana aku sudah menanggung titah perintah Raja Besar dari dalam negeri Sepagar Ruyung, suruh aku pergi tangkap seorang budak yang buat nayo kepada Wak Juara pemikat. Baik di sini tempat aku nak keluar ke padang luas kerana nak tangkap budak antara ke seorang pulaknya…”

No comments:

Post a Comment