Sunday 2 October 2011

PENGENALAN

PENGENALAN TEATER TRADISIONAL
Sejarah Asian boleh diterangkan secara ringkas mengikut urutan seperti berikut:
1.      Zaman pra-sejarah dari 2500SM (Sebelum Masihi) sehingga 100M (Masihi).
2.      Zaman perkembangan budaya luar iaitu Hindu dan Buddha kira-kira pada tahun 100M sehingg 1000M.
3.      Zaman permulaan pra-Islamik  di Timur Tengah dengan pengaruhi budaya China pada 1000M.
4.      Zaman permulaan Islamik antara tahun 1300M shingga 1750M.
5.      Zaman Kolonial Eropah, bermula di Filipina pada abad ke 16 dan mula terus tersebar ke Selatan Asia di antara abad ke-18 dan ke-19.
6.      Gelombang seterusnya dengan penyebaran pengaruh India dan Cina dalam perkembangan kolonial Barat, dengan pertambahan komuniti India dan Cina di sesetengah Selatan Asia ketika abad ke-19 dan ke-20.
7.      Zaman nasionalisme, kemerdekaan dan post-kemerdekaan consolidation bermula selepas perang dunia kedua.
Agama Hindu dan Buddha tiba di Tanah Melayu pada awal era Masehi. Catatan arkeologi dan sejarah awal yang mengambil sumber daripada China dan India, mengesahkan wujudnya beberapa kajian kerajaan di Asia Tengggara. Pemerintah kerajaan-kerajaan ini menganut sama ada agama Hindu atau Buddha. Lazimnya, rakyatnya juga akan turut menganut agama-agama ini. Terdapat tiga kerajaan ternama di Tanah melayu pada masa berkenaan iaitu:
  1. Langkasuka
  2. Lembah Bujang
  3. Gangga Negara
Menurut sejarah, Langkasuka merupakan sebuah kerajaan Hindu yang diasaskan pada abad ke-2 Masehi. Petempatan sebenar kerajaan ini belum dapat dikesan, tetapi kewujudannya disahkan dalam catatan rekod dinasti China. Lembah Bujang pula terletak di negeri Kedah, merupakan pusat kerajaan Hindu-Buddha pada abad ke-4. Manakala Gangga Negara, terletak di negeri Perak; tarikh kerajaan ini dapat dianggarkan berdasarkan serangan oleh Rajendra Chola I dari India Selatan antara tahun 1025 dan 1026.
Selain tiga kerajaan ini, Champa (yang sehingga menjadi Cambodia sekarang) yang wujud antara tahun 192M hingga 1832M dan juga kerajaan Funan (abad ke-3 Masehi), dipercayai mempengaruhi sebahagian utara Tanah Melayu. Srivijaya, sebuah empayar agung Buddha yang berpusat di Palembang, Sumatera, dikatakan telahpun wujud antara abad ke-3 dan ke-5 M; kewujudan sebenarnya hanya disahkan pada abad ke-7. Empayar itu telahpun meluaskan kuasanya ke Tanah Melayu pada abad ke-9.
Manakala Majapahit (1923-1500), sebuah kerajaan Hindu-Jawa yang terkemuka yang berpusat di Jawa, telah menguasai kebanyakan wilayah di Asia Tenggara. Berdasarkan kewujudan kerajaan-kerajaan tersebut di Semananjung, serta pengaruh politik dan budaya dari pulau-pulau Sumatera dan Jawa, jelas sekali bahawa ada masa itu agama Hindu dan Buddha muncul sebagai pengaruh besar di Tanah Melayu. Malah sehingga ke hari ini, pengaruh Hindu terutamanya, masih lagi dapat dikesan dalam hampir semua aspek kehidupan dan budaya masyarakat tempatan.
Sejak berabad-abad lamanya para pedagang Arab dan Muslim India telahpun berkunjung ke pelabuhan-pelabuhan Indonesia dan China. Menjelang abad ke-9, mereka mula menguasai perdagangan di Asia Tenggara. Pembinaan sebuah penempatan di pantai barat Sumatera pada 674 dan diikuti beberapa lagi petempatan Islam lain selepas 878 M, menandakan bermulanya proses Islamisasi di kalangan masyarakat setempat. Bukti-bukti kehadiran mereka dikenalpasti menerusi penemuan batu-batu nisan; yang paling awal dengan tarikh 1082, ditemui di Jawa.
Bagaimanapun kemasukan pengaruh Islam secara besar-besaran berlaku pada hujung abad ke-13, dengan diasaskan oleh dua kerajaan, iaitu Pasai di bawah pimpinan Malikul Salih pada 1267 dan kerajaan Perlak pada hujung abad ke 13. Kedua-duanya kerajaan ini terletak di utara Sumatera. Rentetan dari kejatuhan Srivijaya dan Majapahit menjelang abad ke-15, muncul pula beberapa kerajaan baru di Sumatera, Jawa dan Semenanjung yang kesemuanya diperintah oleh raja-raja Islam. Kerajaan yang terpenting antara beberapa kerajaan ini adalah Pasai yang terletak di hujung utara Sumatera dari abad ke-13 hingga 15. Pasai memperkenalkan bahasanya bersama-sama dengan tulisan Jawi, serta budayanya di negeri-negeri Tanah Melayu, termasuk kerajaan beraja di Patani dan Melaka.
Pemerintah pertama Melaka, iaitu seorang putera Hindu bernama Parameswara (1344-1444) telahpun menganut Islam pada 1409. Melaka menjadi pusat dan laluan penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia dan juga di seluruh Asia Tenggara. Perlu dinyatakan juga bahawa pada pedagang Cina dan pihak-pihak yang menggunakan perairan Asia Tenggara untuk menziarahi pusat-pusat agama Buddha di India juga turut meninggalkan kesan di Asia Tenggara. Walaubagaimana pun, pengaruh China tidak berjaya disebarkan dengan meluas pada waktu itu.
Era penjajahan kuasa Barat di rantau Asia Tenggara mula dengan kemasukan Portugis (1511) dan kemudiannya Belanda di Melaka. Akhirnya, kemasukan British yang bermula di Pulau Pinang pada 1986. Fasa ini penting kerana ia membawa gelombang kedua kemasukan pengaruh India dan China. Fasa terakhir dalam pembangunan sejarah-budaya Tanah Melayu menyaksikan gerakan pengukuhan pasca-kolonial dan nasionalisme yang membawa kepada pemulihan identiti Tanah Melayu dan diperhebatkan lagi kemudiannya dengan pemulihan identiti Islam di kalangan orang-orang Melayu.
Catatan-catatan sejarah ini menyokong kemungkinan bahawa kemasukan budaya-budaya dari luar sangat mempengaruhi proses pembentukan hidup dan sudut pandangan sejagat masyarakat setempat yang sangat terbatas pada waktu itu. Meneliti budaya tradisional di rantau ini, khususnya teater tradisional itu sendiri, perlu disedari bahawa kemunculan sebarang pengaruh baru tidak semestinya menghapuskan terus amalan-amalan yang sedia ada. Animisme, Hindu-Buddha dan juga Islam – dan seterusnya kepercayaan-kepercayaan lain – semuanya berperanan dalam membentuk budaya rantau ini. Sekiranya pengaruh-pengaruh terkemudianyang tiba pada era penjajahan juga diambilkira, penampilannya menjadi bertambah kompleks, kerana ia turut menyaksikan kehadiran pelbagai komuniti baik dari Timur Tengah, Asia Selatan, Asia Tengah, China dan juga Barat. Sumbangan mereka sama ada secara langsung atau tidak berperanan dalam membentuk landskap budaya dan kesenian walaupun tidak semua bentuk seni tradisional terkesan.

KEPERCAYAAN ANIMISME
Terdapat tiga kepercayan animism dalam masyarakat Melayu:
a)         Semangat
Semangat merujuk kepada satu kewujudan jiwa sejagat atau intipati kehidupan yang dipercayai ada pada semua benda,termasuk pada benda-benda yang lazimnya tidak dianggap sebagai hidup. Ini menghadirkan pandangan bahawa semangat adalah sama dengan apa yang dikatakan roh dalam jasad manusia menurut ajaran Islam, tetapi pada peringkat yang lebih rendah. Semangat juga dikatakan wujud dalam diri manusia terutamanya pada tulang dan kuku, juga objek seperti alat kebesaran diraja, peralatan muzik, patung dan seumpamanya, yang mana kehadiran semangat menjadi objek-objek ini bersifat “suci”.
            b)        Angin
Angin merujuk kepada pelbagai situasi emosi dan psikologi dalam diri manusia – yang mana sekiranya angin dalam diri manusia tidak seimbang, ia boleh menjadi punca pelbagaipenyakit. Angin berkait rapat dengan kewujudan keinginan-keinginan dan desakan jiwa di dalam diri, yang adakalanya tidak diketahui oleh insane itu sendiri. Dengan menggunakan perhubungan emosi, peranan-peranan atau watak-watak tertentu seperti seorang raja atau puteri ditampilkan menerusi cerita-cerita terpilih, contohnya seperti cerita-cerita dalam Mak Yong atau menggunakan watak tradisional tertentu seperti pendekar, bidan, penari atau dalang. Apabila angin dalam diri manusia melimpah-ruah dan tidak terkawal, ia akan mendatangkan penyakit yang ada kaitan dengan situasi emosi atau psikologi mereka. upacara perubatan dilakukan dengan menampilkan watak tertentu menerusi persembahan teater Mak Yong yang selalunya digabungkan bersama upacara ritual Main Puteri.
            C)        Makhluk halus
Aspek animism yang ketiga dan yang paling terkenal adalah kepercayaan mengenai wujudnya entity atau makhluk halus seperti hantu, jin atau jembalang. Pada umumnya makhluk-makhluk ini dikatakan menjadi penunggu di segenap pelusuj alam seperti tanah, laut, sungai, gunung dan pokok. Dalam persembahan teater makhluk-makhluk ini akan diiktiraf dan disambut dengan mentera dan kenduri atau berjamuan. Ada juga makhluk tertentu yang dikenalpasti menjadi penyebab khusus kepada penyakit tertentu. Dalam hal ini, bomoh atau shaman selalunya hadir semasa persembahan berlangsung untuk berkomunikasi dan interaksi dengan makhluk-makhluk ini.
            Ketiga-tiga kepercayaan ini, iaitu kewujudan semangat dan angin serta makhluk halus, menjadi sangat penting dalam bentuk-bentuk teater tradisional seperti Main Puteri, Bagih atau Belian. Hubungkaitnya dapat dilihat menerusi proses perubatan dan juga dalam upacara ritual tertentu seperti upacara sembah guru yang diadakan setelah seseorang selesai menamatkan pengajian tradisionalnya dalam mana-mana bidang seperti Mak Yong atau Wayang Kulit Siam.

No comments:

Post a Comment